Tuesday, October 30, 2012

PANORAMA SJKC NAN YA
















1 comment:

  1. SEJARAH SJK(C) NAN YA, KOTA TINGGI.
    Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1928 oleh pelapor En. Lu Kah Wuan dan En. Wei Soo Sek dengan nama SEKOLAH RENDAH CINA MING CHEE. Pada awalnya, ia mempunyai 2 orang guru, 2 buah bilik darjah dan 10 murid yang bertempat di tepi Sungai Johor, Pantai Timur.
    Pada tahun 1947, En. Ng Ah Ling dipilih menjadi pengerusi Jemaah Pengurus sekolah dan En. Phua Joo Chiang menjadi naib pengerusinya. Guru Besar ialah En. Goh Chuan Huat. Jumlah bilangan murid pada masa itu sebanyak 70 orang.
    Pada tahun 1952 sekolah dipindah dari tebing sungai Johor ke sebuah kedai disewa oleh Lembaga Pengurus Sekolah.
    Pada 10.1.1954, bangunan sekolah baru dirasmikan dan nama sekolah ditukar kepada SEKOLAH CINA NAN YA, TELOK SENGAT dengan memiliki 6 buah bilik darjah, 1 dewan dan 2 deret rumah guru. Pada masa itu Guru Besar ialah En. Khoo Lai Heng.
    Pada 1.1.1958, gaji guru sekolah dibayar oleh kerajaan dan Jemaah Pengurus Sekolah Nan Ya meyerahkan tugas pembayaran gaji guru kepada Kementerian Pelajaran.
    Pada 1.1.1962, Sekolah Cina Nan Ya ditukar nama kepada SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) NAN YA, TELOK SENGAT.
    Pada 12.12.1973, PIBG sekolah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh En. Ng Tang Tiang.
    Pada pertengahan tahun1985, Sekolah Integrasi telah siap dibina dalam satu kawasan. Pada 11.8.1985, ketiga buah sekolah iaitu SJK(C) Nan Ya, SJK(T) Ladang Telok Sengat dan SK Telok Sengat disatukan dalam bangunan sekarang dan diberi nama Kompleks Sekolah Telok Sengat.
    Pada 16.Jun 1997, Perasmian pelancaran Sekolah Wawasan Oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

    ReplyDelete