Tuesday, October 30, 2012

MUKADIMAH

Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris. Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Malaysia.

Manakala strategi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.

Tujuan
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.

Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Selamat datang ke Laman Destinasi Ilmu MBMMBI SJK (C) Nan Ya 

1 comment:

  1. Mukadimah

    ReplyDelete